Select style: Blue | Orange
Pembentangan Akhir Pertandingan Paten
Pembentangan Akhir Pertandingan Paten “Innovative Solutions for Everyday Life” dan Bengkel “Workshop on Appropriate Technology, Invention and Community Based Development: Translation of Patent Information into Real Life”
 
            Pada 21 Jun 2011, satu sesi pembentangan akhir telah diadakan di Intellectual Property Training Center (IPTC), Menara UOA Bangsar. Sebanyak 15 calon daripada 110 penyertaan Pertandingan Paten “Innovative Solutions for Everyday Life” yang telah dipilih oleh Korean Intstitute of Patent Information (KIPI) untuk membentangkan rekacipta mereka di hadapan para juri dari pelbagai organisasi (termasuk World Intellectual Property Organization (WIPO), Korean Intellectual Property Office (KIPO), SIRIM, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan MyIPO). Setiap peserta telah diberi masa selama 20 minit untuk pembentangan.
           
            Pada 22 Jun 2011 pula, satu bengkel bertajuk “Workshop on Appropriate Technology, Invention and Community Based Development: Translation of Patent Information into Real Life” telah diadakan di IPTC, Menara UOA Bangsar. Bengkel ini merupakan kesinambungan kepada Pertandingan Paten dan terbuka kepada semua peserta dan pihak yang berminat. Topik-topik yang dibentangkan adalah berkaitan dengan langkah-langkah yang boleh diambil untuk melindungi rekacipta dan cara untuk memanfaatkan rekacipta tersebut. Penceramah untuk bengkel ini terdiri daripada pihak yang terlibat dalam pelbagai aspek harta intelek, seperti WIPO, SIRIM, KIPI, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), UPM-MTDC Technology Centre dan MyIPO.
           
            Selepas bengkel tersebut, Majlis Penyampaian Hadiah telah diadakan, di mana tetamu kehormat, Y.B. Dato’ Tan Lian Hoe, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan.
 
Pemenangnya adalah:


BIL
NAMA
INSTITUSI PENDIDIKAN/PENYELIDIKAN
 TAJUK REKACIPTA
 1  
MOHAMAD HAZIEM AIEMAN BIN HANAFI, MUHAMMAD HIFNY BIN HIZAM & MUHAMMAD MUKHLIS ANAS BIN EHSMUDDIN
 
SEKOLAH MENENGAH SAINS KEPALA BATAS, PULAU PINANG
Empty Fruit Bunches
 
 
2
 
PROF. MADYA DR. ZALEHA KASSIM
 
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
 
Mass Production Method of Benthic Copepod Using Vegetable
 
3
 
NORMAN B. KUSIN & ABD. RAHIM B. MD TAHIR
 
PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) BATU PAHAT
 
Eating Utensil for Satay


MUAT TURUN PEMBENTANGAN (PDF)

 Translation of Patent Information into Real Life (Ethiopia) and (Malaysia)
 Appropriate Technology Generation for Community-based Development

 

Rakan Kami

WIPO