Select style: Blue | Orange
Perhimpunan Bulanan MyIPO 2011

 
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi penyampaian amanat Y. Bhg. Dato’ Azizan b. Mohamad Sidin, Ketua Pengarah MyIPO di samping meraikan warga kerja MyIPO yang baru dilantik yang terdiri daripada 57 orang Pelatih Harta Intelek dan 5 orang warga kerja yang baru dilantik pada 3 Januari 2011.

Perhimpunan bulanan ini dihadiri oleh semua warga MyIPO. Antara intipati yang disampaikan oleh Y. Bhg Dato’ ialah memperkenalkan tagline MyIPO yang terbaru iaitu “Working As One” beserta inisiatif terbaru yang telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Y.B. Dato’ Sri Ismail Sabri b. Yaakob pada lawatan beliau ke MyIPO pada 7 Januari 2011.

Majlis ini juga dimeriahkan lagi dengan nyanyian lagu Korporat MyIPO oleh Kumpulan Koir dan warga MyIPO.
 

 

Rakan Kami

WIPO