| KUNJUNGAN HORMAT DARI DEWAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA MALAYSIA (ICC) | |
|
28 Februari 2011- Dewan Perniagaan Antarabangsa Malaysia (ICC) telah mengadakan kunjungan hormat ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di Menara UOA Bangsar.
Delegasi tersebut telah diketuai oleh Mr.Wong Sai Fong dan diiringi oleh lapan anggota ICC serta dihadiri oleh lima wakil dari MyIPO. Kunjungan hormat tersebut telah dipengerusikan oleh Dato' Azizan Mohamad Sidin, Ketua Pengarah MyIPO.
Kunjungan hormat itu telah berlangsung selama dua jam bagi membincangkan perkongsian pintar (smart partnership) berkaitan program kesedaran. ICC juga telah meletakkan kepentingannya dalam membangunkan kajian kes tempatan tentang harta intelek.
ICC merupakan sebuah pertubuhan yang bertanggungjawab untuk meningkatkan sistem perdagangan dan pelaburan antarabangsa dan juga ekonomi pasaran. ICC merupakan wakil tunggal pertubuhan yang bersuara bagi pihak perusahaan dari semua sektor.
|

