Select style: Blue | Orange
KUNJUNGAN HORMAT DARI YAYASAN INOVASI MALAYSIA

 

1 Mac 2011- Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Dr.Raslan Ahmad mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke  Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Lawatan rasmi ini merupakan inisiatif di antara pihak YIM dan MyIPO untuk meningkatkan hubungan dua hala.
Perjumpaan selama tiga jam tersebut bersama Dato’ Azizan Mohamad Sidin, Ketua Pengarah MyIPO, bermula dengan sesi pembentangan oleh YIM mengenai teras perniagaan dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakannya. Turut dibincangkan adalah isu-isu kepentingan bersama berkaitan harta intelek di Malaysia.
Delegasi ini juga disertai oleh Pengarah Bahagian Perniagaan YIM, En.Alan Fung, Pegawai Eksekutif YIM, En.Azizul Hakim, Timbalan Ketua Pengarah Korporat dan Timbalan Ketua Pengarah Harta Industri.
 

Rakan Kami

WIPO