|
MISI PENILAIAN WIPO KE MyIPO |
|


World Intellectual Property Organization (WIPO) telah mengadakan lawatan ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dari 2 hingga 4 Mac 2011 bagi membantu MyIPO dalam merumuskan Pelan Strategik Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Misi ini telah diketuai oleh En.William Meredith, Direktor Bahagian Infrastruktur Permodenan, dan diiringi oleh En.Juneho Hang, En.Gregory Sadyalunda, Mr.Hiroo Takaki serta Mr.Atsushi Kimura.
Sesi bermula dengan kata-kata aluan oleh Timbalan Ketua Pengarah, En.Mohd Shahar Osman, diikuti dengan taklimat tentang organisasi MyIPO dan status semasa ICT oleh Pengarah Teknologi Maklumat, Puan Sharifah Nadiah dan Pegawai Sistem Maklumat, Puan Nurzatunnafiza
Misi ini juga telah menentukan skop bantuan yang akan diberikan oleh WIPO, membincangkan kerjasama teknikal antara kedua-dua organisasi bagi memajukan sistem ICT di MyIPO.
|