28 Mac 2011- Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menerima kunjungan hormat dari Jabatan Harta Intelek, Kesultanan Oman. Delegasi tersebut telah diketuai oleh En. Ahmed Mohammed Salem AL-SAIDI, Timbalan Pengarah Jabatan Harta Intelek merangkap Ketua Seksyen Harta Intelek, dan disertai oleh En. Juma Mohammed Salim Almalki selaku Ketua Seksyen Kerjasama Komersil. MyIPO sangat berbesar hati menerima kunjungan dari tetamu kehormat Kesultanan Oman tersebut.
Satu penerangan terperinci berkenaan hak cipta telah dibentangkan Pn. Siti Salwa Haji Ghazali, Ketua Bahagian Hakcipta dan Susun Alur Litar Bersepadu dan seterusnya diikuti dengan sesi lawatan rasmi ke sekitar pejabat MyIPO.
Pada akhir lawatan,para tetamu telah menyatakan kekaguman mereka tentang tadbir urus dan perundangan hak cipta di Malaysia.