16 Mac 2011- En. Yoshiyuki Takagi, Penolong Ketua Pengarah yang mengetuai Sektor Infrastruktur Global di World Intellectual Property Organization (WIPO), telah mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia di Menara UOA Bangsar.
Semasa sesi lawatan yang mengambil masa hampir 4 jam tersebut, En.Takagi telah menyampaikan taklimat ringkas berkenaan Strategi dan Program WIPO tentang Infrastruktur Perkhidmatan Maklumat Harta Intelek kepada ‘IP Stakeholders’. Turut dibincangkan adalah isu-isu kepentingan bersama di antara WIPO dan MyIPO.
Di samping itu, En.Takagi juga berkesempatan untuk meninjau unit pemeriksaan paten MyIPO bagi menentukan keperluan yang seterusnya dapat mempertingkatkan hubungan kerjasama antarabangsa dalam bidang peperiksaan paten.