| MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2010 | |
|
2 Jun 2011- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada 27 warga kerja MyIPO yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2010.
Mereka telah menerima APC tersebut beserta wang tunai RM1000 dan sijil penghargaan daripada MyIPO.
Semoga dengan adanya anugerah seperti ini akan dapat meningkatkan semangat warga MyIPO untuk terus komited dalam meningkatkan prestasi kerja masing-masing.
![]() ![]() |


