|
HARI HARTA INTELEK PERINGKAT NEGERI JOHOR |
|
17 November 2011- MyIPO dengan kerjasama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Johor, Kementerian PDNKK telah menganjurkan Hari Harta Intelek Peringkat Negeri Johor di Batu Pahat yang memberi fokus kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
Seminar separuh hari yang memberi penerangan mengenai kepentingan harta intelek iaitu perlindungan mengenai paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hakcipta dan penguatkuasaan hak harta intelek. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh pegawai-pegawai MyIPO dan KPDNKK yang dihadiri oleh seramai 220 orang peserta terdiri daripada usahawan IKS dan pelajar institusi-institusi pengajian tinggi.
Penganjuran seminar ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan menyalurkan maklumat berkenaan harta intelek dengan lebih meluas di kalangan masyarakat setempat.
Majlis Penutup Hari Harta Intelek Peringkat Negeri Johor telah disempurnakan oleh YB Hoo Seong Chang, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Dan Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor.
  
|