| LAWATAN BELAJAR DARI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA | |
|
25 November 2011- Seramai 15 orang pelajar Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan lawatan ke MyIPO.
Lawatan belajar tersebut bertujuan memberi pendedahan berkenaan undang-undang dan sistem harta intelek di Malaysia, bagi membantu mendapat pemahaman lebih baik tentang hak harta intelek.
Satu pembentangan terperinci berkenaan Sistem Harta Intelek telah disampaikan oleh En.Redzuan Ali, Pemeriksa Paten Kanan manakala taklimat mengenai sistem cap dagangan di Malaysia disampaikan oleh En. Abdul Aziz Ismail, Pengarah Kanan Bahagian Cap Dagangan dan.
Seterusnya diikuti dengan lawatan ke Perpustakaan Harta Intelek dan Bilik Carian Awam.
|
