Select style: Blue | Orange
LATIHAN UNTUK PEGAWAI DARI JABATAN HARTA INTELEK, KEMENTERIAN PERDAGANGAN, KESULTANAN OMAN
29 November 2011- MyIPO menjalankan latihan empat hari dari 29 – 2 Disember 2011 untuk dua orang pegawai dari Jabatan Harta Intelek, Kementerian Perdagangan, Kesultanan Oman, En. Badar Al Naser Al-Hinaai and Pn. Mansoora Mahmood Al Khusaibi.
Latihan empat hari tersebut memberi fokus kepada sistem harta intelek di Malaysia, terutama dalam mempraktik penerimaan permohonan PCT di Malaysia. Ini termasuk bagi memenuhi kehendak formaliti dan nasihat teknikal untuk memastikan  keperluan dalam perlaksanaan PCT dimana MyIPO sebagai pejabat penerima.  

Diharapkan Jabatan Harta Intelek, Kementerian Perdagangan, Kesultanan Oman memperoleh manfaat daripada latihan tersebut serta mampu mengaplikasikan sistem Malaysia ke dalam sistem mereka.

altaltalt
 

Rakan Kami

WIPO