|
MALAYSIA – INDONESIA BUSINESS EXPO 2011 (MIBEX) |
|
17 November 2011 – MyIPO telah menyertai Malaysia – Indonesia Business Expo yang telah diadakan di Senayan City, Jakarta, Indonesia pada 17 November – 19 November 2011. Ekspo tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang telah disertai oleh lebih 50 syarikat daripada negara tuan rumah, Indonesia dan Malaysia.
Objektif utama ekspo ini adalah bagi mempromosikan perniagaan dan produk tempatan kepada masyarakat di Negara Indonesia selain membuka peluang kepada syarikat-syarikat pempamer untuk mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran luar.
Sehubungan itu, penyertaan MyIPO dapat memberi pengetahuan kepada pengunjung mengenai perkembangan isu semasa harta intelek di Malaysia, khidmat nasihat dan perkhidmatan yang disediakan oleh MyIPO kepada pengunjung ekspo tersebut.
  
|