Select style: Blue | Orange
LAWATAN BELAJAR DARI UiTM DUNGUN, TERENGGANU
I Disember 2011- Seramai 38 orang pelajar Fakulti Sains Komputer dan Matematik Universiti Teknologi Mara, Dungun Terengganu diiringi seorang pensyarah telah mengadakan lawatan ke MyIPO.
Lawatan belajar tersebut bertujuan memberi pendedahan berkenaan undang-undang dan sistem harta intelek di Malaysia, bagi membantu mendapat pemahaman lebih baik tentang hak harta intelek.
Satu pembentangan terperinci berkenaan Peranan dan Fungsi MyIPO “Isu dan Cabaran” telah disampaikan oleh Pn. Suraya Muhamad, Pemeriksa Paten manakala taklimat mengenai Sistem Harta Intelek di Malaysia disampaikan oleh En. Azahar Abdul Razab, Ketua Seksyen Pasca Pendaftaran Cap Dagangan.
Seterusnya diikuti dengan lawatan ke Perpustakaan Harta Intelek, Kaunter dan Bilik Carian Awam.

altaltalt
 

Rakan Kami

WIPO