|
KUNJUNGAN HORMAT DARI BIOTECHNOLOGY CORPORATION SDN BHD |
|
8 Disember 2011- Ketua Pengarah MyIPO, YBhg. Dato' Azizan Mohamad Sidin telah menerima satu kunjungan hormat dari delegasi Malaysian Biotechnology Corporation. Delegasi tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif BioTechCorp, Dato' Dr Mohd Nazlee Kamal, disertai juga oleh Naib Presiden Kanan Bahagian Pelan Strategik, En.Yazid Abd Hamid, Naib Presiden Hal Ehwal Regulatori dan Hubungan Kerajaan, En.Adrian Abdul Ghani, Pengurus Kanan Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif, Pn.Rossuraya Abdullah, Pengurus Kanan Hal Ehwal Regulatori, Pn.Haniza Anom Hashim, Pengurus Kanan Hal Ehwal Regulatori Dr. Cheong Weng Chung and Pengurus Hal Ehwal Regulatori, Pn.Maria Alina Ahmad.
Semasa kunjungan hormat tersebut, ahli-ahli delegasi mempertimbangkan program kerjasama yang berpotensi antara MyIPO dan BioTechCorp. Program bersama adalah bertujuan mendidik tentang kepentingan perlindungan harta intelek kepada kepada para usahawan.
Sementara itu, YBhg Dato' Azizan turut menjelaskan tentang Bengkel Penderafan Paten dalam bidang bioteknologi yang dijangka akan diadakan pada tahun hadapan serta mencadangkan untuk mewujudkan kalendar program-program yang berpotensi untuk diadakan secara kerjasama dengan BioTechCorp.
Ini kemudian diikuti oleh satu sesi dialog dengan para pelatih Biotechnology Entrepreneurship Special Training (BEST) Programme dan melawat Perpustakaan Harta Intelek dan Bilik Carian Awam.
   
|