| MESYUARAT PELAN STRATEGIK 2012 MYIPO | |
|
10 Disember 2011 – Mesyuarat Pelan Strategik 2012 MyIPO telah diadakan pada 10 dan 11 Disember 2011 disertai oleh Anggota-anggota Perbadanan dan Ketua-ketua Bahagian. Di antara pelan strategik yang telah diluluskan oleh Anggota-anggota Perbadanan bentangkan untuk tahun 2012 adalah pelaksanaan Sistem Pendaftaran Hakcipta Secara Sukarela (Copyright Voluntary Notification), pendaftaran Cap Dagangan Bukan Tradisional, dan Sistem Perbaharuan Utiliti Tanpa Pemeriksaan Substantif, disamping penambahbaikkan Tribunal Hakcipta dan penyertaan dalam Sistem Madrid. Pada masa yang sama, MyIPO juga akan memperkasakan program kesedaran melalui Kelab Fanatik IP, IP Care dan Familiarization Programme bersama Media dan infrastuktur Teknologi Maklumat. Diharapkan dengan pelaksanaan pelan tindakan 2012, MyIPO akan dapat terus meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dan menambahbaik sistem pentadbiran dan perundangan ke arah mencapai visi dan misi MyIPO.
|




