14 Disember 2011 – MyIPO dengan kerjasama dengan Malaysian Development Corporation (MDeC) dan Association Islamic Banking Institution Malaysia (AIBIM) telah menganjurkan Tea Talk on Intellectual Property Valuation di Pusat Latihan Harta Intelek, Menara UOA, Bangsar.
Ceramah ini memberi peluang kepada para peserta untuk meningkatkan pemahaman dan penerimaan nilai jangka panjang harta intelek. Ia juga merupakan platfom untuk menggalakkan ‘stakeholders’ menjadikan harta intelek sebagai cagaran dengan memperoleh pembiayaan daripada institusi kewangan.
MyIPO akan mengambil inisiatif membangunkan satu rangka kerja di mana harta intelek, boleh digunakan sebagai cagaran bagi memperoleh pembiayaan daripada institusi kewangan.
Ceramah ini telah dihadiri oleh 40 wakil dari 16 institusi perbankan tempatan.
   
|