Select style: Blue | Orange
PERHIMPUNAN BULANAN DISEMBER
19 Disember 2011- Perhimpunan bulanan bagi bulan Disember 2011 anjuran bersama Unit Latihan dan Unit Perhubungan Awam telah diadakan di Dewan IPTC, Menara UOA Bangsar.
YBhg. Dato’ Azizan Mohamad Sidin semasa memberi ucapan aluan, menekankan semangat bekerjasama untuk menghasilkan perkhidmatan dan mutu kerja yang berprestasi tinggi. Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan ucapan terima kasih kepada warga kerja MyIPO yang sentiasa komited demi menaikkan lagi imej dan kredibiliti MyIPO.
Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi MyIPO, YB Dato’ Abdul Manan Ismail yang telah menyampaikan amanat akhir tahun 2011. Dalam ucapan beliau, telah menggariskan pencapaian-pencapaian sepanjang tahun 2011. Antaranya adalah Pemeriksaan Dipercepatkan yang telah diperkenalkan pada 15 Februari 2011 yang meletakkan Malaysia sebagai salah satu negara terpantas di dunia, Pindaan Rang Undang-Undang Hak Cipta (Pindaan 2010) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Oktober 2011 dan pembukaan tiga cawangan baru pada tahun ini iaitu Johor Bahru (Zon Selatan), Kuantan (Zon Timur) dan Pulau Pinang (Zon Utara).
Beliau juga telah mengumumkan prestasi pendapatan MyIPO pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 telah meningkat sebanyak 32% berbanding tahun kewangan 2010, peningkatan permohonan permohonan melalui Sistem IP Online yang menunjukkan peningkatan sebanyak 400% berbanding tahun 2010, dan peningkatan kualiti penderafan paten dengan meningkatnya jumlah paten tempatan sebanyak 50% berbanding 2010.Komitmen sedemikian, katanya, harus diteruskan lagi bagi mencapai visi dan misi MyIPO.
Turut diadakan ialah penyampaian hadiah kecemerlangan kepada anak pekerja yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR yang mendapat 4A ke atas serta sumbangan persekolahan kepada pekerja yang bergaji kurang dari RM2500.

altaltaltalt
 

Rakan Kami

WIPO