|
MAJLIS PERJUMPAAN KETUA SETIAUSAHA KPDNKK BERSAMA WARGA KERJA MyIPO |
|
20 Disember 2011 – MyIPO telah mengadakan satu perhimpunan khas sempena persaraan YBhg Datuk Mohd Zain bin Mohd Dom, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang akan bersara wajib pada 26 Disember 2011.
Majlis tersebut bertujuan mengenang dan menghargai jasa dan sumbangan YBhg Datuk KSU yang telah banyak member tunjuk ajar terutama dalam bidang rundingan antarabangsa. Ianya berdasarkan pengalaman beliau yang telah berkhidmat lebih 15 tahun di Pejabat Wakil Tetap Malaysia kepada Kesatuan Eropah (EU) Brussels dan Pejabat Wakil Tetap ke Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) Geneva, Switzerland.
YBhg Dato’ Azizan Mohamad Sidin telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian YBhg Datuk KSU untuk hadir majlis perjumpaan bersama warga MyIPO.
|
 
  |
YBhg Datuk KSU dalam ucapan amanat beliau, menasihatkan agar warga kerja MyIPO memikirkan sasaran dan pencapaian MyIPO bagi tahun 2020. Ini bertujuan memantapkan MyIPO dan menjadi sebuah pejabat harta intelek yang terbaik serta menjadi penanda aras kepada negara-negara yang lain.
Beliau turut menegaskan bahawa pencapaian perlu diteruskan seiring dengan peredaran masa dan teknologi.
Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan memberi peringatan agar sentiasa mengamalkan rasa hormat-menghormati di antara satu sama lain di semua peringkat organisasi dan mengucapkan selamat maju jaya kepada semua warga kerja MyIPO.
|
|