Select style: Blue | Orange
KUNJUNGAN HORMAT DARI KOPERASI INDUSTRI MUZIK MALAYSIA

 

 

3 Januari 2012 – MyIPO telah menerima kunjungan hormat dari wakil Koperasi Industri Muzik Malaysia yang terdiri daripada En.Johan Nawawi, Pn.Norkhayati Mohd Hashim dan En.Justin Johari Azman.

 

YBhg.Dato’ Azizan Mohamad Sidin, Ketua Pengarah MyIPO dan Ketua-Ketua Bahagian telah mengalu-alukan kehadiran para delegasi tersebut.
Taklimat ringkas berkenaan Cap Dagangan telah disampaikan oleh En.Ryzul bin Osman Basah, Penolong Pendaftar Cap Dagangan dan diikuti dengan penerangan terperinci berkenaan Hakcipta yang memberi fokus kepada Pindaan Akta Hakcipta 1987 yang telah diluluskan di Dewan Negara pada 21 Disember 2011. Penerangan tersebut telah disampaikan oleh Mohamed Fairuz bin Mohd Pilus, Ketua Bahagian Hakcipta dan Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu.
Perjumpaan tersebut juga turut membincangkan isu-isu kepentingan bersama yang berfokuskan kepada program kesedaran harta intelek.

 

altalt
altalt
 

Rakan Kami

WIPO