|
PERHIMPUNAN BULANAN JANUARI 2012 |
|
9 Januari 2012- Perhimpunan bulanan bagi bulan Januari 2012 anjuran Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia telah diadakan di Dewan IPTC, Menara UOA Bangsar.
Dalam ucapan tahun baru yang disampaikan oleh Ketua Pengarah MyIPO, YBhg Dato' Azizan Mohamad Sidin, beliau memperkenalkan satu lagi ‘guiding principle’ baru iaitu 'Enjoy Your Work’ yang menekankan aspek ketekunan bagi meningkatkan produktiviti dan kepuasan kerja.
Beliau turut mengumumkan tahun 2012 sebagai Tahun Hakcipta. Ia adalah sejajar dengan Pindaan Rang Undang-Undang Hak Cipta 1987 (Pindaan 2010) yang telah diluluskan oleh Dewan Negara pada 21 Disember 2011. Sehubungan itu, MyIPO akan melaksanakan Sistem Pendaftaran Hakcipta Secara Sukarela pada suku ketiga tahun ini serta menganjurkan seminar, ‘road shows’ dan taklimat secara meluas kepada ‘stakeholders’ berkenaan Pindaan Rang Undang-Undang Hak Cipta 1987 (Pindaan 2010).
YBhg Dato' Azizan juga berharap Perbaharuan Utiliti Tanpa Pemeriksaan dapat diperkenalkan bagi menggalakkan inovasi di kalangan para siswazah, usahawan dan IKS di samping memperkenalkan Pertandingan Inovasi di kalangan warga kerja MyIPO. MyIPO turut akan menubuhkan Tabung Pembiayaan Pendidikan kepada warga kerja yang ingin meneruskan pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi di dalam bidang yang berkaitan, melaksanakan skim saraan yang seragam dan menyediakan insuran perubatan.
|
 
|
Turut diadakan ialah penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Menamakan Tajuk Lagu Rasmi MyIPO, iaitu En.Syaiful Adha bin Supian dari Bahagian Pemeriksaan Paten. Sehubungan itu, Timbalan Ketua Pengarah (Korporat) MyIPO, Tn.Hj.Mohd Shahar bin Osman secara rasminya mengumumkan 'Bersama MyIPO' sebagai tajuk lagu rasmi MyIPO. YBhg Dato’ Azizan Mohamad Sidin turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada anak pekerja yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam PMR.
Majlis tersebut diakhiri dengan sambutan hari jadi warga kerja yang lahir pada bulan Januari.
|
 
  |
|