|
TAKLIMAT MENGENAI PERATURAN-PERATURAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN 1999 (PINDAAN 2012) |
|
|
10 Januari 2012 – Seramai 54 wakil terdiri daripada agen-agen harta intelek, ahli-ahli dari Malaysian Intellectual Property Association (MIPA) dan Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) telah menghadiri taklimat mengenai Peraturan-Peraturan Reka Bentuk Perindustrian 1999 (Pindaan 2012) anjuran MyIPO.
Fokus utama pindaan tersebut adalah berkenaan pengstrukturan fi, pemfailan secara elektronik, pindaan terhadap beberapa borang pemfailan dan prosedur pemfailan. Fi baru akan dikenakan kepada permohonan baru bagi pendaftaran dan prosiding berkaitan yang difailkan pada dan/atau selepas tarikh kuatkuasa pindaan. Manakala antara pindaan prosedur adalah pindaan ke atas medium komunikasi dan jumlah salinan representasi dikurangkan daripada enam salinan kepada satu salinan.
|
  |
|
Bagi pengstrukturan fi pendaftaran reka bentuk perindustrian, dua fi baru diperkenalkan iaitu fi bagi pemfailan secara manual dan fi pemfailan secara elektronik (atas talian). Fi pemfailan secara elektronik adalah lebih murah berbanding fi pemfailan secara manual bertujuan menggalakkan penggunaan sistem IP Online.
|
 
  |
|