|
LAWATAN RASMI DARI KETUA SETIAUSAHA KPDNKK |
|
26 Januari 2012- Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), YBhg. Dato’ Saripuddin bin Kasim mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Beliau telah diiringi oleh Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Tn. Mohd Roslan bin Mahayudin dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan KPDNKK, Tn. Hj. Ibrahim bin Ismail.
Delegasi telah diiringi melawat ke Kaunter Khidmat Pelanggan, Bilik Carian Awam, Pusat Latihan Harta Intelek dan Perpustakaan.
Ini kemudian diikuti oleh satu pembentangan berkenaan profil korporat MyIPO, cabaran-cabaran, pencapaian-pencapaian, dan inisiatif-inisiatif baru yang disampaikan oleh Ketua Pengarah MyIPO, YBhg. Dato' Azizan bin Mohamad Sidin.
|

|
YBhg. Dato’ Ketua Setiausaha menyatakan pandangannya mengenai persekitaran perniagaan harta intelek, program kesedaran, modal insan serta pembangunan infrastruktur teknologi maklumat dan keselamatannya. Beliau turut mengiktiraf MyIPO yang mempunyai infrastruktur bertaraf dunia.
|
 
  |
|