Select style: Blue | Orange
LAWATAN BELAJAR UNISEL
31 Januari 2012- Seramai 30 orang pelajar Fakulti Kejuruteraan Universiti Selangor (UNISEL) dan diiringi 10 pensyarah telah mengadakan lawatan ke MyIPO.
Lawatan belajar tersebut bertujuan memberi pendedahan berkenaan undang-undang dan sistem harta intelek di Malaysia, bagi membantu mendapat pemahaman lebih baik tentang hak harta intelek.
Program yang berlangsung selama 3 jam ini dipengerusikan oleh En. Zulkarnain Muhammad, Pengarah Kanan Bahagian Paten, telah dimulakan dengan pembentangan terperinci berkenaan Peranan dan Fungsi MyIPO “Isu dan Cabaran” yang disampaikan oleh Pn. Norsita Ismail, Pegawai Pemeriksaan Paten Kanan manakala taklimat mengenai Sistem Harta Intelek di Malaysia disampaikan oleh Hajah Azlina Abdul Hamid, Pegawai Pemeriksaan Paten.
altalt
Para pelajar kemudiannya dibawa melawat Perpustakaan Harta Intelek dan Bilik Carian Awam.
altalt
 

Rakan Kami

WIPO