| Datuk Tham Nyip Shen | |
![]() Datuk Tham Nyip Shen dilahirkan pada tahun 1958 di Keningau, Sabah, Malaysia. Beliau berkelulusan BSc (Hons) dalam Kejuruteraan Elektronik dan Elektrik dari Universiti Manchester pada tahun 1982.
Kerjaya profesional beliau bermula di Lembaga Elektrik Sabah sebagai seorang Jurutera Perkhidmatan Pengguna di Sandakan dan kemudian dilantik sebagai Jurutera Penghantaran & Pengagihan di mana beliau membantu untuk membina talian penghantaran 33kV yang pertama di Sandakan. Beliau juga terlibat dalam Pelan Induk Pembanguna Elektrik Bersepadu Sabah. Kerjaya politik beliau selama lebih 23 lebih tahun yang mana pada bulan April 1985, Datuk Tham telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Undangan Negeri Elopura, Sandakan diusia seawal 26 tahun. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Bandar Sabah (anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah di Kementerian Pembangunan Perindustrian) pada tahun 1986, dan kemudiannya mengetuai Pembangunan Konsep Taman Industri Kota Kinabalu. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Sabah Agensi Pasar Ikan di Kementerian Pertanian dan Perikanan yang mana beliau mula mengeksport ikan hidup komersial secara langsung ke Hong Kong dan China. Sepanjang kerjayanya, Datuk Tham telah memegang beberapa jawatan Kabinet di dalam Kerajaan Negeri Sabah. Pada tahun 1994, beliau dilantik sebagai Menteri Pelancongan dan Pembangunan Alam Sekitar dan pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Taman Negara Sabah. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah pada tahun 1996, jawatan yang beliau telah sandang selama 7 tahun. Beliau juga pernah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian dan menjadi Pengerusi Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP). Jawatan terakhir yang dipegang oleh beliau sebelum bersara dari bidang politik adalah Menteri Sumber dan Teknologi Maklumat. Selepas bersara daripada politik, Datuk Tham telah dilantik sebagai Penasihat Sains kepada Kerajaan Negeri Sabah.
|



