| Maklumat Am Hakcipta | |
|
Definisi Harta Intelek adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987. Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta. Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat berikut :
Karya Yang Layak Mendapat Perlindungan Harta Intelek Karya-karya yang layak mendapat perlindungan Harta Intelek ialah :
Karya-karya di atas adalah dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya-karya itu dihasilkan. Walaupun begitu peruntukan berkenaan keaslian mestilah ditepati. Karya Sastera Karya sastera terdiri daripada:-
Karya Muzik Apa-apa karya muzik dan termasuklah karya yang digubah untuk iringan muzik. Karya Seni
Filem Apa-apa penetapan sesuatu siri gambaran pandangan pada bahan daripada apa-apa perihalan, sama ada lutcahaya atau tidak, supaya boleh dengan menggunakan bahan itu dengan atau tanpa apa-apa bantuan sesuatu perekaan:
(Dari tafsiran ini bunyi latar sesuatu filem adalah dianggap sebahagian dari filem. Begitu juga fotograf yang diambil dari filem adalah dianggap sebahagian dari filem itu sendiri. Rakaman bunyi latar filem tanpa kebenaran pemunya hakcipta adalah dianggap pelanggaran hakcipta di dalam filem tersebut.) Rakaman Bunyi Apa-apa penetapan siri bunyi yang boleh didengar dan boleh dikeluarkan semula dengan apa-apa cara, tetapi tidak termasuk suatu alur bunyi yang berkaitan dengan suatu filem. Siaran Pemancaran bunyi atau gambaran atau kedua-duanya melalui wayarless atau wayar untuk penerimaan orang awam. Karya-karya lain yang mendapat hakcipta Selain daripada karya-karya yang telah ditetapkan dibawah seksyen 7(1) Akta Hakcipta 1987 terdapat karya-karya lain yang juga diberikan perlindungan hakcipta. Karya-karya tersebut adalah seperti karya-karya berikut: (a) Karya Terbitan - "karya-karya terbitan" berikut adalah dilindungi seperti mana karya asal; i) terjemahan, penyesuaian, susunan dan perubahan lain karya-karya yang layak bagi hakcipta; dan b) Harta Intelek dalam Edisi Karya Diterbitkan - Harta Intelek dalam edisi karya yang diterbitkan adalah hakcipta yang diberikan kepada penerbit-penerbit buku dan penerbit-penerbit lain. Setiap edisi diterbitkan bagi mana-mana satu atau lebih karya sastera, seni atau muzik sama ada dalam hal: Kelayakan bagi perlindungan Faktor penghubung untuk mendapatkan perlindungan Harta Intelek diberi ialah:
Jangkamasa Perlindungan Harta Intelek (a) Karya sastera, muzik dan seni - Bagi karya sastera, muzik atau seni (selain daripada fotograf) maka hakcipta wujud semasa hayat pencipta dan lima puluh tahun selepas kematiannya. (b) Karya yang diterbitkan selepas kematian pencipta - Jika sesuatu karya sastera, muzik atau seni (selain daripada fotograf) tidak pernah diterbitkan sebelum kematian penciptanya, maka hakcipta akan wujud hingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalender berikutan dengan tahun yang karya itu mula-mula diterbitkan. (c) Karya yang diterbitkan tanpa nama atau dengan nama samaran - Jika sesuatu karya sastera, muzik atau seni (selain daripada fotograf) diterbitkan tanpa nama atau dengan menggunakan nama samaran, maka hakcipta akan wujud sehingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalender berikutan dengan tahun karya itu mula-mula diterbitkan. Melainkan jika identiti pencipta diketahui kemudiannya, maka di sini jangkamasa hakcipta akan dikira sebagai sepanjang hayat pencipta dan lima puluh tahun selepas kematiannya. (d) Karya ciptaan bersama - Dalam keadaan di mana dua orang atau lebih membuat satu karya yang boleh dikira sebagai karya ciptaan bersama, maka jangkamasa hakcipta adakah masih sepanjang hayat pencipta dan lima puluh tahun selepas kematiannya. Tetapi ia akan dikira berdasar kan kepada hayat salah seorang pencipta bersama itu yang terakhir sekali meninggal dunia diantara mereka. (e) Edisi diterbitkan - Hakcipta mengenai sesuatu edisi diterbitkan akan wujud sehingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalender berikutan dengan tahun yang edisi itu mula-mula diterbitkan. (f) Rakaman bunyi - Hakcipta mengenai sesuatu rakaman bunyi akan wujud sehingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalender berikutan dengan tahun yang rakaman itu mula-mula diterbitkan. (g) Siaran - Hakcipta mengenai sesuatu siaran akan wujud sehingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalender berikutan dengan tahun yang siaran itu mula-mula dibuat. (i) Filem - Hakcipta mengenai sesuatu filem akan wujud sehingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalender berikutan dengan tahun yang filem itu mula-mula diterbitkan. (j) Karya kerajaan dan badan antarabangsa - Hakcipta mengenai karya-karya kerajaan, pertubuhan kerajaan, dan badan antarabangsa akan wujud sehingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalender berikutan dengan tahun yang karya itu mula-mula diterbitkan. Hak-hak Eksklusif Pemunya Hakcipta Hakcipta yang diberikan ke atas karya sastera, muzik, seni, filem dan rakaman bunyi memberikan kepada pemunya hakcipta itu beberapa hak eksklusif. Hak-hak eksklusif ini bolehlah dibahagikan kepada perkara-perkara berikut:
Pengecualian kepada Hak Esklusif (a) Perlakuan yang wajar bagi penyelidikan ,kritikan, ulasan dan lain-lain hal. - bagi maksud penyelidikan yang bukan mencari keuntungan, pengajian sendirian, kritikan atau pelaporan peristiwa-peristiwa semasa, tertakluk kepada syarat bahawa jika penggunaan itu adalah penggunaan awam, ia hendaklah disertai dengan suatu perakuan tajuk karya itu dan penciptaannya, kecuali jika karya itu yang berkaitan dengan perlakuan apa-apa perbuatan bagi maksud-maksud penyelidikan yang bukan mencari keuntungan, pengajian sendirian dan pelaporan ulasan peristiwa-peristiwa semasa dengan cara sesuatu rakaman bunyi, filem atau siaran. Pengecualian-pengecualian lain adalah seperti berikut:- (b) melakukan mana-mana perbuatan di dalam seksyen 13 (1) secara parodi, pastice atau karikatur; (c) kemasukan dalam sesuatu filem atau siaran apa-apa karya seni yang terletak di sesuatu tempat di mana karya itu boleh dilihat oleh awam; (d) pengeluaran semula dan pengedaran salinan apa-apa karya seni yang terletak dengan kekal di sesuatu tempat di mana karya itu boleh dilihat oleh awam; (e) kemasukan secara sampingan sesuatu karya di dalam sesuatu karya seni, rakaman bunyi, filem atau siaran. Perlu diingat bahawa kemasukan secara sampingan karya itu tidak terpakai bagi kemasukan secara sampingan sesuatu karya itu ke dalam sesuatu karya sastera; atau (f) memasukan sesuatu karya dalam sesuatu siaran, pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam, koleksi karya sastera atau muzik, rakaman bunyi atau filem, jika kemasukan sedemikian dibuat secara illustrasi bagi maksud mengajar dan bersesuaian dengan amalan yang wajar dengan syarat bahawa sumbernya dan nama penciptanya yang terdapat pada karya yang digunakan itu hendaklah disebut. Pelanggaran Harta Intelek Pelanggaran terhadap hakcipta berlaku apabila seseorang, tanpa persetujuan atau lesen tuan punya hakcipta itu, mengimport sesuatu artikel ke dalam Malaysia bagi maksud: (a) Menjual, menyewakan atau dengan cara dagangan, menawarkan atau mendedahkan artikel itu untuk jualan atau sewaan;
(c) Dengan cara dagangan, mempamer artikel itu kepada awam. Keempunyaan Pertama Harta Intelek Karya sastera,muzik dan seni. - Jikalau sesuatu karya dibuat di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan atau dalam masa bekerja pencipta karya itu maka hakcipta adalah disifatkan sebagai berpindahmilik kepada majikan pencipta itu. Tetapi ini adalah tertakluk kepada apa-apa perjanjian di antara kedua-dua pihak tersebut yang menolak atau menghadkan pindahmilik itu. Karya-karya yang dibuat di bawah kontrak perkhidmatan - Jikalau seseorang itu dikatakan bekerja di bawah sesuatu kontrak perkhidmatan maka dia adalah dianggap sebagai pekerja kepada majikannya. Jadi apa saja hakcipta yang didapatinya bagi mana-mana karya ciptaannya akan dipindah milik kepada majikannya. Karya yang ditempah - Jika sesuatu karya adalah ditempah oleh seseorang maka hakcipta karya itu hendaklah disifatkan sebagai dipindahmilik kepada orang yang telah menempah karya itu. Pindahmilik Harta Intelek Hakcipta adalah dianggap sebagai harta alih yang boleh dipindahmilik melalui penyerahhakkan, pemberian wasiat atau dengan kuasa undang-undang. Penguatkuasaan Harta Intelek Pemunya hakcipta mempunyai dua cara untuk penguatkuasaan hakciptanya. Ia boleh mendapatkan remedi-remedi sivil di mahkamah ataupun dengan membuat laporan polis bagi membuat tindakan jenayah. Jikalau ia membuat tindakan sivil maka pemunya hakcipta harus menanggung semua perbelanjaan membawa kes itu mahkamah. Remedi-remedi Sivil Jikalau berlaku pelanggaran hakcipta, pemunya hakcipta mempunyai beberapa remedi sivil yang tersedia untuknya. Ini termasuklah gantirugi, injunksi dan akaun keuntungan. a) Injunksi - Terdapat 3 jenis injunksi yang boleh dipohon oleh pemunya hakcipta. Ini terdiri daripada yang berikut:
b) Gantirugi bagi pelanggaran hakcipta - Pihak plaintif juga boleh membuat permohonan mendapatkan pampasan dalam bentuk pembayaran gantirugi kepadanya dari pihak defendan. c) Gantirugi tambahan - Gantirugi tambahan juga boleh diberikan oleh mahkamah. Apabila relif yang berkesan tidak boleh diadakan untuk plaintif dengan apa-apa jalan lain, maka mahkamah dalam mentaksirkan gantirugi untuk pelanggaran itu, adalah berkuatkuasa untuk mengawad apa-apa gantirugi tambahan sebagaimana yang difikirkan patut oleh mahkamah dalam keadaan tersebut. d) Akaun keuntungan - Akaun keuntungan juga boleh dipohon oleh pihak plaintif dari pihak defendan. Di dalam mentaksirkan akaun keuntungan ini pihak mahkamah akan mengambil kira keuntungan yang mungkin diperolehi oleh pihak plaintif atas karyanya jika tidak berlaku pelanggaran hakcipta ini oleh pihak defendan. e) Hantar serah - Pihak plaintif juga memohon bagi hantar serah karya langgaran tersebut kepadanya untuk dimusnahkan. Tujuan nya di sini adalah supaya pihak defendan tidak akan cuba melupuskan barang-barang langgaran tersebut kepada orang lain. Akta Hakcipta 1987 juga membuat peruntukan bagi beberapa kesalahan-kesalahan jenayah bagi perlanggaran hakcipta di Malaysia. Kesalahan-kesalahan
Kesalahan memintasi Teknologi
Penalti-penalti yang diperuntukan Seseorang yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman-hukuman berikut:- Dalam hal kesalahan (a) hingga (f), denda tidak kurang RM2,000 dan tidak melebihi RM20,000 bagi setiap salinan langgaran, atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan bagi apa-apa kesalahan kali kemudian, denda tidak kurang dari RM4,000 dan tidak melebihi RM40,000 bagi setiap salinan langgaran untuk kesalahan kedua dan seterusnya. Hukuman penjara juga boleh dikenakan tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya iaitu denda dan hukuman penjara. Dalam hal kesalahan (h) hingga (j), denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan bagi apa-apa kesalahan kali kemudian, denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. Harta Intelek dan hak moral Prinsip ini menerangkan berkenaan hakcipta sebagai satu hak ke atas harta dan juga hakcipta sebagai satu hak moral perseorangan (droit moral) ke atas karyanya. Jenis-jenis Hak Moral (a) Hak "paternity". (b) Hak "integrity". Di Malaysia, hak-hak moral seseorang pencipta itu adalah diberi perlindungan di bawah seksyen 25 Akta Hakcipta 1987. Hak statutori Hak moral yang diberikan di bawah peruntukan Akta Hakcipta adalah dikira sebagai hak statutori pencipta terhadap karyanya. Jadi apa-apa pelanggaran hakcipta adalah dikira sebagai pelanggaran terhadap kewajipan statutori. Definasi ‘Pelaku” “pelaku ertinya orang yang membuat persembahan secara langsung. Persembahan Secara Langsung a) Termasuklah:-
yang disampaikan secara langsung oleh seorang atau lebih di Malaysia, sama ada di hadapan penonton atau selainnya; tetapi b) tidak termasuk:-
Kelayakan bagi perlindungan pelaku Hak pelaku hendaklah wujud dalam tiap-tiap persembahan secara langsung yang pelakunya itu ialah: a) warganegara atau pemastautin tetap Malaysia; atau
Jangkamasa Hak Pelaku Perlindungan diberikan selama 50 tahun dari tarikh persembahan. |


