Penyertaan oleh Malaysia
Ketua Pengarah Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) mengucapkan terima kasih kepada Menteri Luar Negara Malaysia diatas kesudian beliau untuk memaklumkan deposit oleh kerajaan Malaysia pada 16 Mei, 2006. Ianya adalah pencetus kemasukan Malaysia ke 'Patent Cooperation Treaty ( PCT)" yang dilaksanakan di Washington pada 19 Jun 1970, dipinda pada 28 September 1979, diubah suai pada 3 Februari 1984 dan pada 3 Oktober 2001
Kemasukan ini mempunyai perisytiharan dalam menjalankan Perkara 64(5) berkata Triti, Malaysia tidak menganggap terikat sendiri oleh Perkara artikel 59. Malaysia menjadi ahli PCT pada 16 Mei 2006. Triti ini yang dimeterai pada 1970 dibuka kepada negara-negara anggota Konvensyen Paris bagi Perlindungan Harta Industri (1883). PCT menyediakan satu mekanisma pemfailan permohonan paten antarabangsa untuk memudahkan pemfailan paten disetiap negara ahli PCT.
Permohonan PCT boleh difailkan oleh sesiapa yang merupakan warganegara atau residen kepada negara-negara anggota, di Pejabat Paten Nasional negara-negara anggota, atau di atas pilihan pemohon, untuk difailkan ke Biro Antarabangsa (IB), WIPO di Geneva, Switzerland.
Permohonan Paten antarabangsa ini tertakluk kepada carian antarabangsa, yang akan dijalankan oleh salah satu pejabat paten utama yang dilantik oleh WIPO sebagai Pihak Berkuasa Pencarian Antarabangsa (International Searching Authority - ISA). Sehingga Mac 2008 terdapat 13 ISA yang telah dilantik oleh WIPO
Maklumat terperinci mengenai PCT boleh didapati dengan merujuk kepada
Protecting your Inventions Abroad: Frequently Asked Questions about the Patent Cooperation Treaty, PCT Applicant's Guide dan PCT Newsletter , yang diterbitkan oleh WIPO.
|