| Permohonan Antarabangsa PCT | |
|
Malaysia menjadi ahli PCT pada 16 Mei 2006. Triti ini yang dimeterai pada 1970. Ia terbuka kepada negara-negara anggota Konvensyen Paris bagi Perlindungan Harta Industri (1883). PCT menyediakan satu mekanisma pemfailan permohonan paten antarabangsa untuk memudahkan pemfailan paten disetiap negara ahli PCT. Permohonan PCT boleh difailkan oleh sesiapa yang merupakan warganegara atau residen kepada negara-negara anggota, di Pejabat Paten Nasional negara-negara anggota, atau di atas pilihan pemohon, untuk difailkan ke Biro Antarabangsa (IB), WIPO di Geneva, Switzerland. Permohonan Paten antarabangsa ini tertakluk kepada carian antarabangsa, yang akan dijalankan oleh salah satu pejabat paten utama yang dilantik oleh WIPO sebagai Pihak Berkuasa Pencarian Antarabangsa (International Searching Authority - ISA). Sehingga Mac 2008 terdapat 13 ISA yang telah dilantik oleh WIPO |


