PERMOHONAN FAIL ANTARABANGSA (PCT) :-
PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MyIPO) SEBAGAI PEJABAT PENERIMA
1.Bolehkah saya memfailkan permohonan antarabangsa di Malaysia?
Ya, mana-mana warganegara atau pemastautin Malaysia boleh menfailkan permohonan antarabangsa di Malaysia, yang mana Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sebagai pejabat penerima.
2. Apakah kandungan permohonan antarabangsa?
Permohonan Antarabangsa mengandungi :
Perihalan
Satu atau beberapa tuntutan,
Satu atau beberapa lukisan (jika ada)
Ringkasan
3. Apakah keperluan bagi memperolehi tarikh pemfailan antarabangsa?
Keperluan bagi memperoleh tarikh pemfailan antarabangsa adalah seperti berikut:
a.Pemohon hendaklah penduduk tetap atau warganegara,
b.Bahasa yang digunakan bagi permohonan antarabangsa hendaklah dalam Bahasa Inggeris,
c.Permohonan antarabangsa hendaklah mengandungi:
Satu pernyataan yang menunjukkan sebagai permohonan antarabangsa,
Satu permintaan yang membolehkan semua kemungkinan,
Nama pemohon,
Perihalan ke atas rekacipta,
Tuntutan
4.Apakah bayaran yang akan dikenakan?
Berikut adalah bayaran / fi bagi permohonan antarabangsa yang difailkan di MyIPO:
a. Bayaran Penghantaran (MyIPO)
b. Bayaran Pemfailan Antarabangsa (International Bureau)
c. Bayaran Carian (International Searching Authority)
5. Pihak berkuasa Carian Antarabangsa yang manakah boleh dipilih oleh pemohon bagi menjalankan carian antarabangsa?
a. Pejabat Harta Intelek Korea
b. Pejabat Paten Australia
c. Pejabat Paten Eropah
6. Selain MyIPO, adakah terdapat pejabat lain di mana pemastautin atau warganegara Malaysia boleh memfailkan permohonan antarabangsa?
A Pemastautin atau warganegara Malaysia boleh memfailkan permohonan antarabangsa di International Bureau (IB), WIPO yang bertindak sebagai pejabat penerima bagi warganegara dan pemastautin dari semua negara anggota PCT.
7. Bagaimanakah untuk saya memfailkan permohonan antarabangsa (PCT)?
Permohonan PCT boleh difailkan terus kepada MyIPO atau melalui pos.
8. Dimanakah boleh saya mendapatkan maklumat tambahan mengenai PCT?
Sila layari laman web WIPO bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan PCT dan PCT SAFE.