Select style: Blue | Orange
Prosedur Permohonan Paten

Untuk mendapatkan paten pemohon perlu mematuhi prosidur tertentu iaitu pemohon perlu memfailkan Borang 1 berserta dengan spesifikasi paten dan fi sebanyak RM 290.00 semasa membuat permohonan.

Dalam tempoh dua tahun dari tarikh pemfailan pemohon dikehendaki memfailkan Borang 5 berserta fi sebanyak RM 1100.00 bagi tujuan memohon pemeriksaan substantif terhadap permohonan tersebut.

 Panduan mengisi Borang 1 (Bahagian I-IX):
Bahagian I: Tajuk rekacipta
 

Pemohon perlu menyatakan tajuk rekacipta yang dipohon.

 

Bahagian II: Pemohon
  Pemohon perlu menyatakan nama. Nama syarikat atau nama individu atau kedua-duanya sekali boleh digunakan sebagai nama pemohon.

 

Bahagian III: Perekacipta
  Pemohon perlu menyatakan nama perekacipta. Nama syarikat atau pertubuhan tidak boleh digunakan sebagai nama perekacipta. Jika pemohon bukan perekacipta, “Statement Justifying the Applicant’s Right to the Patent” hendaklah dikemukakan.

 

Bahagian IV: Ejen atau wakil
  Pemohon tempatan perlu menyatakan nama ejen paten berdaftar yang dilantik sekiranya  permohonan dibuat melalui ejen paten. Bagi permohonan dari luar negara, setiap  permohonan  hendaklah melalui ejen paten yang berdaftar di Malaysia. Borang 17 iaitu perlantikan sebagai ejen paten yang mewakili pemohon hendaklah difailkan.

 

Bahagian V: Permohonan Terbahagi
  Sekiranya terdapat lebih daripada satu rekacipta di dalam satu permohonan, pemohon perlu membahagikan permohonan tersebut kepada dua atau lebih permohonan. Setiap permohonan terbahagi adalah layak memperolehi tarikh pemfailan permohonan yang terawal.

 

Bahagian VI: Penzahiran yang diabaikan sebagai teknologi terdahulu
  Pemohon boleh memohon untuk mengabaikan penzahiran sebagai teknologi terdahulu dengan mengemukakan pengakuan yang berkaitan. Peruntukan ini hanya dibenarkan sekiranya penzahiran rekacipta yang sama berlaku dalam tempoh 1 tahun sebelum dari tarikh pemfailan di Malaysia.

 

Bahagian VII: Tuntutan prioriti
  Pemohon boleh membuat tuntutan prioriti ke atas tarikh pemfailan permohonan  yang terdahulu. Permohonan yang terdahulu hendaklah difailkan tidak melebihi 12 bulan sebelum tarikh pemfailan permohonan di Malaysia.

 

Bahagian VIII: Senarai semakan
  Pemohon perlu melengkapkan senarai semakan untuk  memastikan borang dan spesifikasi yang hendak difailkan adalah lengkap.

 

Bahagian IX: Tandatangan
  Pemohon atau ejen yang dilantik perlu menandatangani dan menyatakan nama individu yang berkenaan (bukan nama syarikat atau pertubuhan).
 

Rakan Kami

WIPO