Select style: Blue | Orange
Keperluan Fizikal dan Istilah Spesifikasi Paten
Keperluan Fizikal Dan Syarat-syarat Penentuan Penentuan Spesifikasi Paten.    

 

1.  Permohonan dan sebarang pernyataan atau dokumen yang disertakan hendaklah difailkan dalam 2 salinan.

2.  Semua dokumen permohonan yang dikemukakan hendaklah jelas untuk penghasilan semula melalui fotografi, proses elektrostatik, photo offset dan mikrofilem.

3.  Semua helaian hendaklah dipastikan tiada kerosakan atau kesan lipatan dan hanya menggunakan sebelah muka surat sahaja pada setiap helaian.

4.  Semua dokumen permohonan handaklah menggunakan  kertas A4 (29.7cm x 21 cm) yang tahan, kuat, putih, licin dan tidak berkilat.

5.  Dalam keadaan tertentu Pendaftar boleh menerima kertas selain saiz A4.

6.  Margin minima bagi helaian adalah 2 cm.

7.  Semua helaian hendaklah dinomborkan pada sebelah atas, tengah helaian berkenaan dalam urutan angka Arab.

8. Teks permohonan tersebut hendaklah dicetak dalam warna hitam yang tidak luntur, sekurang-kurangnya 1 1/2 ruang baris, tetapi simbol grafik, bahan kimia, atau formula matematik dan simbol tertentu dibenarkan. Lukisan dan tulisan tangan juga dibenarkan jika perlu.

9.  Dalam permohonan, setiap baris ke lima, setiap helaian perihalan dan tuntutan hendaklah dinomborkan dengan angka Arab di sebelah kiri baris yang berkaitan tetapi di sebelah kanan margin.

10.Permohonan dan sebarang pernyataan yang berkaitan atau dokumen hendaklah difailkan dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris.


Ukuran, Istilah dan Tanda:

1.  Unit berat dan ukuran hendaklah dinyatakan dalam terma sistem metrik.

2.  Suhu hendaklah dinyatakan dalam darjah Celsius.

3.  Kepadatan hendaklah dinyatakan dalam unit metrik.

4.  Bagi kepanasan, tenaga, cahaya, bunyi, kemagnetan, juga formula matematik dan unit elektrikal, undang-undang amalan antarabangsa haruslah dilaksanakan.

5.  Bagi formula bahan kimia, simbol, berat atom, dan formula molekular dalam penggunaan secara umum akan diguna pakai.

6.  Secara umumnya, hanya istilah teknikal tertentu, tanda dan simbol yang diterima umum di dalam bidang yang berkaitan hendaklah digunakan.

7.  Istilah dan tanda hendaklah konsisten sepanjang permohonan.
 

Rakan Kami

WIPO