|
Insentif berkaitan Harta Intelek |
|
Organisasi yang menawarkan geran/insentif berkaitan harta intelek
| Kementerian / Ejensi |
Geran/Insentif |
Keterangan |
Laman Web |
| MSC |
Skim Geran Harta Intelek |
Bagi mendapatkan perlindungan harta intelek, Skim geran harta intelek oleh MSC Malaysia menawarkan pembiayaan sehingga 70% kos permulaan untuk pemfailan permohonan cap dagangan, paten (termasuk perbaharuan utiliti) dan reka bentuk perindustrian.
|
Dana Status MSC Malaysia/Skim Geran Harta Intelek |
| Institut Penyelidikan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia |
GlobinMed Seed Fund |
Dana BlobinMed Seed menawarkan pembiayaan kos awal penubuhan syarikat berkaitan bioteknologi dan disasarkan untuk membantu pembangunan dan pengkomersilan projek bioteknologi dan juga penyelidikan dan pembangunan bidang utama kearah mencapai sasaran dasar bioteknologi negara.Pembiayaan maksima adalah sebanyak RM2.5 juta bagi setiap syarikat.
|
Geran Kerajaan : Perbadanan Bioteknologi Malaysia (Biotech Corp.) |
| Kementerian Sains & Teknologi (MOSTI) |
Technofund |
Jumlah pembiayaan adalah meliputi keseluruhan kos projek atau RM3 juta yang mana lebih rendah berdasarkan merit kes dan penjelasan yang wajar. Bagi projek yang melibatkan pengambil alihan harta intelek (jenis B), pembiayaan adalah sehingga maksima 100% daripada jumlah kos pengambil alihan atau RM2 juta, yang mana lebih rendah.
|
MOSTI |
| SME Corporation |
Geran Promosi Jenama |
Geran pembayaran balik 100% bagi kos pembangunan dan promosi jenama sehingga jumlah maksima RM1 juta. Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) layak untuk memohon geran pembayaran balik sebanyak 100%.
Syarikat bukan IKS boleh memohon geran pembayaran balik sebanyak 50%, sehingga jumlah maksima RM2 juta.
|
SMIDEC |
|