Select style: Blue | Orange
Badan-badan Pemungut Royalti
Badan pemungut hakcipta adalah badan yang diberi kuasa oleh pemilik hakcipta yang diiktiraf oleh kerajaan untuk memantau dan bertanggungjawab mengeluarkan lesen kepada pihak yang terbabit untuk menyiarkan karya-karya berhakcipta di tempat awam.

Royalti tersebut diagihkan oleh badan pemungut kepada pemunya karya pada setiap tahun. Kerajaan tidak mengawal dan tidak terlibat dalam menetapkan kadar tersebut. Ia ditetapkan secara kontrak antara pemunya hakcipta dan badan pemungut. Kerajaan tidak terlibat kerana hakcipta adalah harta persendirian.

Persembahan umum adalah persembahan muzik di khalayak ramai. Jika seseorang bermain muzik di khalayak ramai atau kawasan perniagaan di mana ianya boleh di dengar oleh orang ramai, maka ianya merupakan persembahan umum, di dalam kes ini pihak tersebut perlu mendapatkan lesen dari pihak Persatuan Berdaftar.

Jika seseorang telah mendapat lesen persembahan umum, beliau mempunyai hak untuk membuat persembahan di khalayak ramai di takluk kepada format yang asal seperti Kaset, CD, VCD, DVD dan cakera padat komputer. Lesen itu juga merangkumi persembahan muzik yang disiarkan melalui Radio dan TV.

Harga yang telah dibayar adalah untuk kaset atau CD bagi kegunaan dalaman dan kegunaan persendirian. Sekiranya beliau ingin membuat persembahan umum di khalayak ramai atau kawasan perniagaaan, mereka perlu mendapatkan lesen dari pihak Persatuan Berdaftar terlibat.

Muzik yang dipaparkan adalah dilindungi oleh hakcipta. Maka, persembahan melalui program paparan di kawasan komersil untuk pekerjanya atau orang awam perlu mendapatkan lesen. Jika seseorang bermain muzik yang telah didafkan dan telah dihakciptakan tanpa mendapat kelulusan atau lesen dari persatuan berdaftar / pemilik hakcipta, beliau boleh dikenakan dakwaan pelanggaran hakcipta dibawah Akta Hakcipta 1987 dan risiko tindakan undang-undang akan dikenakan terhadapnya.

Badan-badan tersebut ialah:

Nama:   Public Performance Malaysia Sdn Bhd [“PPM”] (173608-V) 
Tahun Ditubuhkan:  1988 
Ahli : Syarikat Rakaman
Karya yang diwakili: Bunyi, Video Klip and Rakaman Karaoke
Laman Web:
www.ppm.org.my

Nama: Music Authors Copyright Protection Bhd  [“MACP”] (186403-X)
Tahun Ditubuhkan:  1989   
Ahli: Komposer, Penulis Lirik and Penerbit Karya yang diwakili: Kerja-kerja Musikal
Laman Web:
www.macp.com.my
Nama: Performers and Artistes Rights (M) Sdn Bhd[“PRISM”](542747M)
Tahun Ditubuhkan: 2001 
Ahli: Artis Rakaman dan Ahli Muzik
Karya yang diwakili: Persembahan Pentas dan Rakaman Bunyi
Laman Web:
www.prism.org.my
 

Rakan Kami

WIPO