| LAWATAN DUTA ECUADOR, MEXICO DAN BRAZIL KE PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA ( MyIPO) | |
|
20 Julai 2010 – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menerima satu kunjungan istimewa daripada Duta Ecuador, Brazil dan Mexico bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan hak harta intelek. Lawatan tersebut telah diketuai oleh YBhg. Lourdes Puma Puma, Duta Ecuador di Malaysia, YBhg. Juan Manuel Gonzalez Bustos, Duta Mexico di Malaysia dan YBhg. Sergio De Souza Fontes Arruda, Duta Brazil di Malaysia. Perjumpaan selama sejam telah diadakan di antara Ketua Pengarah dan pegawai pengurusan kanan MyIPO bersama ketiga-tiga Duta tersebut bagi membincangkan usul berkenaan Standing Committee on Copyright and Related Rights (SCCR) WIPO Treaty for Improved Access for Visual Impaired and Other Reading Disabled Persons yang membolehkan kerja-kerja hakcipta di akses dengan lebih mudah bagi golongan cacat penglihatan. Hasil perbincangan tersebut, MyIPO menyatakan pendirian untuk merujuk perkara ini kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Kementerian Luar Negeri mengenai kedudukan Malaysia terhadap usul yang dicadangkan oleh Ecuador, Mexico dan Brazil.
|

