ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA 2017 (AHIN2017)

(PERINGKAT NASIONAL)

Muat turun Iklan(JPG), Syarat Penyertaan(PDF), Sila muat turun borang-borang pada kategori berkenaan dan boleh diisi terus dengan menggunakan perisian Adobe Reader (klik untuk instalasi).

NO. KATEGORI SYARAT
 

 

 

 

 

1

 

 

 

 

ORGANISASI (PDF)

(Pengurusan Harta Intelek Terbaik)

i)          Penyertaan terbuka kepada Organisasi Kerajaan, Swasta, Institusi Penyelidikan dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia;

ii)        Organisasi mempunyai Harta Intelek yang telah difailkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dari tahun 2015-2017 sahaja;

iii)      Senarai program, pembangunan dan pengurusan Harta Intelek yang dimiliki; dan

iv)       Senarai harta intelek yang dikomersilkan  dari tahun 2016 -2017 sahaja.

 

 

2

 

 

PATEN (PDF)

i)          Rekacipta yang telah difailkan di MyIPO;  dan

ii)        Rekacipta menarik dan kreatif, memberi faedah kepada masyarakat dan berjaya dikomersilkan atau di peringkat pra- pengkomersilan dari tahun 2016-2017 sahaja.

 

 

 

 

3

 

 

 

CAP DAGANGAN & PETUNJUK GEOGRAFI (PDF)

i)          Cap Dagangan atau Petunjuk Geografi telah didaftarkan (®)  di MyIPO;

ii)        Cap Dagangan atau Petunjuk Geografi mestilah daripada syarikat yang ditubuhkan di Malaysia sahaja; dan

iii)      Cap Dagangan atau Petunjuk Geografi menarik dan kreatif, berjaya dikomersilkan atau di peringkat pra-pengkomersilan dari tahun 2016-2017 sahaja.

 

 

 

4

 

 

 

REKA BENTUK PERINDUSTRIAN (PDF)

i)          Reka bentuk perindustrian yang telah difailkan di MyIPO; dan

ii)        Reka bentuk perindustrian menarik dan kreatif, memberi faedah kepada masyarakat dan berjaya dikomersilkan atau di peringkat pra-pengkomersilan dari tahun 2016-2017 sahaja.

 

 

5

 

 

HAKCIPTA (PDF)

i) Hakcipta mestilah menarik dan kreatif, memberi faedah kepada masyarakat dan berjaya dikomersilkan atau di peringkat pra- pengkomersilan dari tahun 2016-2017 sahaja.