IP FUNTASTIC DIDIK PELAJAR SEKOLAH


29 April 2017 – Seramai 30 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Bayor, Rantau Panjang, dekat sini mengikuti Program IP Funtastic anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).  Ia bertujuan bagi melahirkan usahawan kreatif dan berkemahiran teknologi seterusnya menyumbang kepada penghasilan harta intelek.

Melalui program selama dua hari ini, pelajar dan guru didedah kepada modul teknologi merekacipta aplikasi dan laman web yang kemudiannya dimuatnaik ke Portal IP for Youngsters, sebuah portal idea dan aplikasi mudah alih untuk mengumpul hasil kreativiti pelajar di seluruh negara.  Sehingga kini sebanyak tujuh buah sekolah di seluruh negara telah menyertai program ini melibatkan 210 orang pelajar.

Majlis penutup hari ini disempurnakan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Dato’ Seri Hamzah Zainudin. Hadir sama Pengerusi MyIPO Dato’ Sri Abdul Manan Ismail serta Ketua Pengarah MyIPO  Dato’ Shamsiah Kamaruddin.