Akademi Harta Intelek (IPA) menyediakan latihan yang komprehensif dan seimbang antara praktikal dan teori. Akademi ini menawarkan pelbagai program latihan berkaitan bidang harta intelek untuk manfaat pelbagai pihak, sama ada institusi kerajaan atau individu yang terdiri daripada masyarakat umum dan sektor swasta (penggubal dasar, diplomat, badan kehakiman, ahli akademik, pengamal harta intelek dan pelajar).