BENGKEL PANDUAN UNTUK MENGENALPASTI REKA CIPTA DALAM DOMAIN AWAM


17 Jun 2019 – MyIPO menjadi tuan rumah bagi Bengkel Panduan untuk Mengenalpasti Reka Cipta dalam Domain Awam anjuran Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO).

Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran para reka cipta tempatan dalam mengenal pasti pelbagai reka cipta yang terdapat di dalam domain awam seterusnya dapat membantu dalam penambahbaikkan teknologi sedia ada.

Di dalam program ini, para peserta didedahkan dengan kaedah “Freedom to Operate” yang membantu mereka dalam mencari teknologi yang berkaitan dengan bidang penyelidikan mereka.

Bengkel ini telah disertai oleh semua wakil dari Technology Innovation Support Centre (TISC) dan Spokes Enabling IP Environment (EIE) Malaysia dan telah dirasmikan oleh Dato ‘Mohd Roslan Mahayudin, Ketua Pengarah MyIPO. Antara penceramah yang membentangkan kertas kerja adalah Nathalie Montillot, Pegawai Program WIPO, Donna Perdue, Perdue IP Law dan Komal Bajracharya, Penyelidik, Northwestern University USA.