BENGKEL PENYEDIAAN IP CURRICULUM AND SYLLABUS FOR IP ACADEMY BY WIPO IP EXPERT, 19 JANUARI 2017


19 Januari 2017 – Satu Bengkel Penyediaan IP Curriculum and Syllabus for IP Academy by WIPO IP Expert telah diadakan pada 17 sehingga 19 Januari bertempat di Akademi Harta Intelek, Ibu Pejabat MyIPO, Kuala Lumpur. Bengkel tersebut yang dikendalikan oleh pakar harta intelek daripada Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) iaitu Prof. Dr. Irene Calboli dan juga pensyarah daripada Universiti Islam Malaysia, Prof. Ida Madieha bt Abd. Ghani Azmi telah disertai oleh 16 orang pegawai MyIPO.

Bengkel ini diadakan bagi berkongsi maklumat mengenai program yang akan dijalankan oleh Akademi Harta Intelek dan mendapatkan pandangan untuk menambah baik penyampaian program kesedaran harta intelek.  Bengkel ini juga merupakan salah satu sesi percambahan minda dan idea bagi merangka modul IP Curriculum and Syllabus for IP Academy by WIPO IP Expert.

Sebelum bengkel bermula, Prof. Dr. Irene Calboli dan Prof. Ida Madieha bt Abd. Ghani Azmi terlebih dahulu membuat kunjungan hormat ke Pejabat YBhg. Dato’ Shamsiah Kamaruddin, Ketua Pengarah MyIPO.