LAWATAN RASMI PENGERUSI MyIPO

PERHIMPUNAN BULANAN MyIPO EDISI JULAI 2020

PERHIMPUNAN BULANAN MyIPO EDISI JULAI 2020


17 Julai 2020- Perhimpunan Bulanan MyIPO Edisi Julai 2020 yang dianjurkan oleh Bahagian Paten dan Bahagian Reka Bentuk Perindustrian telah dihadiri oleh Pengerusi MyIPO yang baharu, YB Datuk Mohamad bin Hj Alamin.

Perhimpunan itu adalah yang pertama setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 bagi mengekang penyebaran wabak COVID-19.

“MyIPO perlu diiktiraf oleh dunia dan menjadi pejabat harta intelke yang terunggul di ASEAN. Ayuh, mari kita bekerjasama!”, kata Datuk Alamin dalam ucapannya.

Dia menambahkan, “Sangat penting bagi kita untuk mempergiatkan program kesedaran harta intelek untuk meningkatkan kefahaman masyarakat akan kepentingan harta intelek. Masyarakat perlu dididik mengenai harta intelek dan undang-undang sehingga mereka dapat menghargai perlunya hak tersebut dan dapat menghormatinya. Untuk itu, adalah wajar kita memperuntukkan sejumlah wang untuk aktiviti promosi”.

Perhimpunan tersebut berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mencegah penularan COVID-19 dengan dihadiri tidak lebih 200 orang pegawai.