Notis Berkenaan Isu Cek Tendang Bagi Bayaran Fi Pemfailan dan Permohonan Harta Intelek

NOTIS

SILA AMBIL NOTIS bahawa apa-apa bayaran yang dibuat melalui cek bagi tujuan pembayaran apa-apa fi yang ditetapkan di bawah Perundangan Harta Intelek akan dianggap tidak dibuat sekiranya berlaku “bounced/ dishonoured cheque”. Pemohon, Pemilik Berdaftar atau ejen bertindak bagi pihak Pemohon atau Pemilik Berdaftar perlu membuat permohonan atau memfailkan semula apa-apa permohonan yang ditetapkan di bawah Perundangan Harta Intelek dengan bayaran fi jika ingin meneruskan apa-apa pemfailan tersebut.

Pendaftar atau Pengawal tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kelewatan Pemohon, Pemilik Berdaftar atau ejen bertindak bagi pihak mereka yang diakibatkan oleh transaksi yang tidak efektif berikutan “bounced/ dishonoured cheque”.
Perundangan Harta Intelek bagi maksud Notis ini ialah:

1. Akta Cap Dagangan 1976;
2. Akta Paten 1983;
3. Akta Hakcipta 1987;
4. Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996;
5. Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000;
6. Akta Petunjuk Geografi 2000; dan
7. Mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta-akta yang dinyatakan dalam butiran 1, 2, 3, 4, 5 dan 6.

NOTIS ini akan berkuatkuasa mulai 15 haribulan Januari 2018.

YBRS. DR. NOR AZLINA BINTI ARIFFIN

YBrs. Dr. Nor Azlina binti Ariffin telah dilantik sebagai Anggota Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 1 September 2017.
Beliau memiliki Dwi Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Undang-Undang dan Shariah, Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dan Ijazah Doktor Falsafah Dalam Sains Politik dari Universiti Islam Antarabangsa.

Memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam semenjak tahun 1998 sebagai Penolong Pengarah di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, beliau kini merupakan Setiausaha Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Di MyIPO, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Penamaan dan Saraan dan Ahli Jawatankuasa Pelaburan.