CERAMAH MENEROBOS KECEMERLANGAN DIRI


25 Mei 2018 – MyIPO telah menganjurkan ceramah bertajuk ‘Menerobos Kecemerlangan Diri’ di Akademi Harta Intelek untuk warga kerja MyIPO.

Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan berhubung anjakan paradigma dengan memperbaiki persepsi dan tanggapan negatif dalam usaha melakukan hijrah diri ke arah kebaikan seterusnya mengaplikasikan ilmu serta budaya tersebut pada masa akan datang.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Prof. (Adjung) Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah bin Kamsah. Dalam ceramah tersebut, beliau turut menekankan aspek rutin yang perlu dilakukan bagi menjadi insan cemerlang.