YBHG. DATO’  BASARUDDIN BIN SADALI

YBhg. Dato’ Basaruddin bin Sadali telah dilantik menjadi Anggota Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada 5 Februari 2014.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari University of Syracuse, New York, Amerika Syarikat.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran dan pengurusan organisasi. Antara jawatan utama yang pernah disandang oleh beliau ialah Pengarah Bahagian Saraan (2009) dan Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi (2010) di Jabatan Perkhidmatan Awam. Kini, beliau merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang mana sebelumnya beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Francais dan Kepenggunaan) pada tahun 2013 di Kementerian yang sama.

Di MyIPO, beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penamaan dan Saraan serta Ahli Jawatankuasa Pelaburan.