Dr.Alauddin-Sidal_profil

YBRS. DR. ALAUDDIN SIDAL

Dr. Alauddin bin Sidal telah dilantik sebagai Anggota Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 17 April 2020. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Penulisan Kreatif dan Deskriptif, Universiti Malaya (1986),Ijazah Sarjana Sastera (Sosiologi),Universiti Kebangsaan Malaysia (1996) dan Ijazah Ph.D dalam bidang pembangunan komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia (2006). Beliau juga memiliki Post-Graduate Diploma in Public Administration, INTAN (1987) dan Graduate Certificate in International Management, University of Melbourne (2007).

Memulakan perkhidmatan sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pelajaran pada 2 Januari 1986, seterusnya bertugas sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Perkhidmatan Awam, dan kemudian di Unit Perancang Ekonomi Negeri Perlis.

Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Pengarah Kanan di Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam pada Sept 2011 hingga Feb 2013. Dr. Alauddin Sidal kemudian ditugaskan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) di Jabatan Perumahan Negara sehingga 7 November 2019. Selepas itu, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri),Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sehingga kini.

Dalam bidang penulisan, beliau telah menerbitkan empat buah buku iaitu Dorongan Dalam Organisasi (2002),Kerja Berpasukan Dalam Organisasi (2004),Semerah Darah Seputih Tulang: Patriotisme Merentas Kehidupan (2014) dan Inovasi Sosial: Konsep, Model dan Cadangan Pelaksanaan (2016). Beliau juga telah menulis artikel, rencana dan kajian kes untuk akhbar, makalah, jurnal dan buku, serta berpengalaman sebagai editor penerbitan sewaktu bertugas di INTAN.

Dr Alauddin Sidal telah menerima anugerah Setia Mahkota Selangor (S.M.S) tahun 2009 dan Johan Setia Mahkota (J.S.M) tahun 2015.

.

.