Dr. Roshidah Bolhassan

YBhg. Dr. Rashidah binti Bolhassan telah dilantik sebagai Anggota Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 22 April 2020. Beliau memiliki PhD dalam Sistem Maklumat dari Victoria Business School, Victoria University of Wellington, New Zealand, Eksekutif Master dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Ohio, USA, Master dalam Sains Perpustakaan dari Universiti Syracuse, Syracuse NY, USA dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perpustakaan dari UiTM.

Memulakan kerjaya pada 1986 di Sarawak Economic Development Corporation (SEDC). Beliau berpengalaman luas dalam selok belok pentadbiran perpustakaan dan sekarang menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak sejak 2003.

Dr. Rashidah telah menulis lebih daripada 30 buku mengenai pelbagai isu berkenaan perpustakaan. Beliau turut mempunyai kecenderungan minat kepada isu berkenaan persekitaran, kepelbagaian biologi, pembangunan wanita dan seni.

Dr. Rashidah telah menerima anugerah Beta Gamma, Sigma dari Universiti Ohio pada 1997, Excellent Service Medal dari Negeri Sarawak(1999),IFLA/OCLC Fellowship (2001),Pegawai Bintang Kenyalang (2003),Bintang Ahli Mangku Negara (2008) dan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Emas),PPC Negeri Sarawak (2019).