dr.rozhan

YBHG. DR. ROZHAN OTHMAN

YBhg. Dr. Rozhan bin Othman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 12 Disember 2019.

Beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dari Kolej Universiti Dublin, MBA dan BBA dari Universiti Ohio. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam penyelidikan, perundingan dan latihan pengurusan. Beliau juga mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang akademik dan merupakan profesor pengurusan di beberapa universiti. Selain itu, beliau turut mempunyai pengalaman pengajaran dan perundingan yang luas yang telah membantu pelbagai pelanggan sektor awam dan swasta di dalam dan di luar negara.

Dr. Rozhan juga merupakan ahli dan bekas duta untuk Akademi Pengurusan HRM di Malaysia. Beliau adalah seorang sarjana pelawat di Universiti Hawaii di Manoa. Beliau kini merupakan rakan kongsi dan Pengarah Kepimpinan di HumanCapient Consulting Sdn Bhd serta dan Penasihat Strategi Bukan Eksekutif kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia.