Menjadi Ejen Paten
Pendaftaran Ejen Paten
- Sesuatu permohonan untuk didaftarkan sebagai ejen paten dalam Daftar Ejen Paten hendaklah dibuat kepada Pendaftar dalam Borang 18 bersama-sama dengan bayaran fi yang ditetapkan.
- Untuk didaftarkan dalam Daftar Ejen Paten, pemohon hendaklah memuaskan Pendaftar:
a)bahawa dia berdomisil atau adalah seorang pemastautin tetap di Malaysia;
b)bahawa dia adalah seorang peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi di Malaya atau peguambela Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, atau mempunyai ijazah kejuruteraan atau sains yang berkaitan atau yang setaraf dengannya dari institusi pengajian tinggi yang diluluskan oleh Lembaga Pemeriksa, atau mempunyai kelayakan yang melayakkan beliau untuk lulus keahlian kejuruteraan profesional atau institusi saintifik atau sebagainya yang diiktiraf oleh Lembaga Pemeriksa; dan
c)Bahawa dia telah lulus Peperiksaan Ejen Paten.
Pembaharuan Pendaftaran Ejen Paten
- Sesuatu permohonan untuk membaharui pendaftaran sebagai ejen paten hendaklah dibuat kepada Pendaftar dalam Borang 19 bersama-sama dengan pembayaran fi yang ditetapkan selewat-lewatnya pada 31 Januari setiap tahun.
- Pendaftar boleh enggan membaharui pendaftaran mana-mana orang yang telah disabitkan atas kesalahan yang melibatkan penipuan atau tidak jujur.
Peperiksaan Ejen Paten
Peperiksaan untuk Ejen Paten
- Lembaga Pemeriksa hendaklah menjalankan suatu peperiksaan yang terdiri daripada subjek berikut:
- teknologi;
- undang-undang dan amalan paten Malaysia;
- undang-undang dan amalan cap dagangan Malaysia dan reka bentuk; dan
- undang-undang dan amalan harta perindustrian asing
- Sesuatu permohonan untuk didaftarkan sebagai calon peperiksaan hendaklah dibuat kepada Lembaga Pemeriksa dalam Borang 18A berserta bayaran fi yang ditetapkan.
Rayuan Terhadap Keputusan Peperiksaan Ejen Paten
- Seseorang calon yang telah menduduki peperiksaan dan gagal mana-mana subjek, jika dia tidak berpuas hati dengan keputusannya boleh membuat rayuan kepada Ketua Setiausaha untuk menyemak semula keputusan itu dalam masa empat belas hari dari tarikh pemberitahuan keputusan bersama-sama dengan bayaran fi yang ditetapkan.
- Apabila diterima suatu rayuan, Ketua Setiausaha hendaklah menimbangkan rayuan itu dan membuat keputusan mengenainya.
- Keputusan Ketua Setiausaha hendaklah muktamad dan konklusif.
Menduduki Semula Peperiksaan Ejen Paten
- Seseorang calon yang telah menduduki dan gagal untuk lulus mana-mana atau semua subjek pada suatu peperiksaan boleh memohon untuk menduduki semula subjek atau subjek-subjek, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada peperiksaan yang berikut dan permohonan itu hendaklah dibuat kepada Lembaga Pemeriksa dalam Borang 18B bersama-sama dengan bayaran fi yang ditetapkan.
- Mana-mana calon yang telah gagal untuk lulus semua subjek selepas tiga kali percubaan hendaklah disifatkan telah gagal peperiksaan keseluruhan.
- Mana-mana calon yang disifatkan telah gagal keseluruhan peperiksaan boleh memohon semula untuk didaftarkan sebagai calon peperiksaan.
Fi Berkaitan untuk Ejen Paten
Perkara/Prosiding | Fi E-Pemfailan (RM) | Fi Manual (RM) | Borang | |
---|---|---|---|---|
![]() | ![]() | |||
Permohonan bagi pendaftaran agen paten | 2,600.00 | 2,670.00 | ||
Permohonan bagi pendaftaran sebagai calon bagi peperiksaan | 130.00 | 140.00 | ||
Fi peperiksaan | 130.00 setiap subjek | 140.00 setiap subjek | – | – |
Jumlah Bayaran Untuk Peperiksaan | 650.00 | 700.00 | – | – |
Kursus Peperiksaan Ejen Paten | – | 2000.00 | – | – |
Sukatan pelajaran dan Soalan Contoh | – | 10.00 | – | – |
Permohonan bagi menduduki semula peperiksaan | 130.00 | 140.00 | ||
Rayuan bagi keputusan peperiksaan | 260.00 setiap subjek | 290.00 setiap subjek | – | – |
Permohonan bagi pembaharuan pendaftaran agen | 550.00 | 590.00 |
Senarai Ejen Paten
Notis Pendaftar mengenai Lanjutan Masa bagi Paten berkaitan