HARI PERTAMA MULA TUGAS MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI KPDNHEP


3 Julai 2018 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Dato’ Saifudin Nasution dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Chong Chieng Jen tiba di bangunan Kementerian bagi memulakan tugas hari pertama.

Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri disambut oleh Ketua Setiausaha dan pengurusan kanan kementerian serta agensi di lobi bangunan berkenaan.

Beliau juga telah mengambil tabik hormat dari anggota-anggota penguatkuasa sebelum dibawa naik ke pejabatnya.