KEMPEN #JANGANCURI


Jun 2018 – Bahagian Komunikasi Korporat telah melancarkan Kempen Kesedaran Harta Intelek Bersama Selebriti dengan menggunakan tanda pagar #JanganCuri. Kempen yang dijalankan ini merupakan usaha bersama selebriti-selebriti yang telah mendaftarkan harta intelek mereka di MyIPO.

Objektif utama kempen ini adalah bagi meningkatkan kesedaran para usahawan untuk mendaftarkan harta intelek mereka dan mengingatkan orang ramai supaya menghormati hak harta intelek orang lain.