IPA mempunyai 5 bilik latihan: Camelia, Lavender, Tulip, Cempaka dan Kenanga untuk kegunaan latihan, seminar, kursus, mesyuarat, ceramah dan bengkel.

Bilik
Kapasiti (susunan bilik darjah)
Camelia
50 orang
Lavender
40 orang
Tulip
40 orang
Cempaka
50 orang
Kenanga
38 orang

Setiap bilik seminar dilengkapi dengan kemudahan audio-visual seperti PA sistem, projektor LCD, TV plasma and WiFi untuk capaian internet. Kerusi dan meja boleh disusun mengikut keperluan penyewa.

BALLROOM IPA
Dengan keluasan sebanyak 3626 kaki persegi, ballroom IPA mampu menampung sehingga 200 orang yang dilengkapi dengan PA sistem, projektor LCD, TV plasma and capaian internet.

Bilik
Kapasiti
Keluasan (Kaki Persegi)
Susunan
IPA Ballroom
200 orang
3626
Kelas
IPA Ballroom
300 orang
3626
Teater


Ia sesuai digunakan untuk mesyuarat dan seminar.

MAKMAL KOMPUTER
IPA mempunyai sebuah makmal komputer dikenali sebagai Bilik Kenanga menempatkan 36 komputer dengan kemudahan internet untuk kegunaan para peserta.

Spesifikasi Komputer :

Dell OptiPlex 9020 AIO, Microsoft R Windows 8 Pro 64-bit, Internet Connection

SURAU
IPA juga menekankan aspek kemudahan untuk beribadat dengan menyediakan kemudahan surau kepada peserta kursus. Surau IPA dapat menampung 50 orang jemaah muslimin dan muslimah dalam satu masa.

PUSAT SUMBER HARTA INTELEK
Pusat Sumber Harta Intelek menyediakan pelbagai buku rujukan terutamanya dalam bidang harta intelek dan umum, suratkhabar, jurnal dan majalah. Koleksi ini terdiri dari bahan-bahan terbitan dalam dan luar negara.