KENALI MyIPO
Sebelum tahun 1983, hak-hak harta intelek di Malaysia telah ditadbir oleh Pejabat Cap Dagangan dan Jaminhak. Pejabat ini kemudiannya telah ditukar namanya kepada Pejabat Cap Dagangan dan Paten dalam tahun 1983 dan telah diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.
Pada 27 Oktober 1990, Kementerian telah membuat penyusunan semula dan seterusnya Pejabat ini telah diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan telah ditukar nama kepada Bahagian Harta Intelek (BHI). Bahagian ini bertanggungjawab mentadbir Akta Paten 1983, Akta Cap Dagangan 1976, dan Akta Hakcipta 1987.
Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 telah mula dikuatkuasakan pada 1999, disusuli pada tahun 2000 dengan Akta Susun Atur Litar Bersepadu 2000. Seterusnya pada tahun 2001, Akta Petunjuk Geografi 2000 dikuatkuasakan.
Dalam menghadapi perubahan pembangunan harta intelek di peringkat domestik dan global, BHI telah dijadikan sebuah badan berkanun pada 3 Mac 2003 dan dikenali sebagai Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) melalui berkuatkuasanya Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002.
Perbadanan telah mengambil langkah penjenamaan semula apabila singkatan PHIM ditukar kepada MyIPO pada 3 Mac 2005 sempena Pelancaran Hari Harta Intelek Negara yang pertama.
OBJEKTIF KAMI
VISI & MISI
Visi kami adalah menjadi sebuah organisasi harta intelek terbaik.
Dan Misi kami adalah menyediakan infrastruktur perundangan yang kukuh dan sistem pentadbiran yang cekap ke arah meningkatkan kreativiti dan eksploitasi harta intelek.
ANGGOTA PERBADANAN
YB Datuk Mohamad Alamin (Pengerusi)
YBrs. Dr. Alauddin bin Sidal
YBrs. Dr. Rashidah Bolhassan
YBhg. Dato’ Mohd. Roslan Mahayudin
YBhg. Datuk Kamarlin Hj. Ombi
PENGURUSAN
CARTA ORGANISASI
PIAGAM PELANGGAN
Piagam Pelanggan bagi Paten
- Sijil Pemfailan dikeluarkan dalam tempoh 3 hari dari tarikh permohonan dalam talian diterima.
- Pemberian Geran Paten dikeluarkan 4 bulan 3 minggu daripada tarikh pemfailan permohonan Pemeriksaan Dipercepatkan (BORANG 5I) yang lengkap dan tiada bantahan.
- Sijil Pemberian Paten / Perakuan Perbaharuan Utiliti dikeluarkan 26 bulan dari tarikh pemfailan bagi permohonan biasa yang memenuhi syarat kecuali permohonan PCT.
Piagam Pelanggan bagi Cap Dagangan
- Sijil Pendaftaran Cap Dagangan dikeluarkan 6 bulan 3 minggu daripada tarikh pemfailan permohonan Pemeriksaan Dipercepatkan yang lengkap dan tiada bantahan.
- Sijil Pendaftaran Cap Dagangan Dikeluarkan 12 Bulan Daripada Tarikh Pemfailan Permohonan Biasa yang lengkap dan tiada bantahan.
Piagam Pelanggan bagi Reka Bentuk Perindustrian
- Mengeluarkan Sijil Reka Bentuk Perindustrian dalam masa 8 bulan dari tarikh pemfailan yang tiada bantahan.
- Mengeluarkan Sijil Pelanjutan Tempoh Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan fi dan dokumen yang lengkap.
Piagam Pelanggan bagi Petunjuk Geografi
- Mengeluarkan sijil dalam masa 8 bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima dan tiada bantahan atau bangkangan.
- Mengeluarkan Sijil Pembaharuan dalam tempoh 14 hari selepas tarikh permohonan pembaharuan yang lengkap diterima.
Piagam Pelanggan bagi Hak Cipta
- Notis Pemberitahuan Hak Cipta dikeluarkan 30 hari dari tarikh permohonan diterima bagi permohonan yang lengkap (permohonan di ibu pejabat).
- Sijil Pemberitahuan Hak Cipta dikeluarkan 30 hari dari tarikh permohonan diterima (permohonan di Ibu Pejabat).
KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)
Nama | Puan Fatimah Rohada binti Dahalan |
Emel | fatimahrohada@myipo.gov.my |
Telefon | 03-2299 8422 |
Faks | 03-2299 8989 |